Saturday, February 6, 2010

Pelan Pendidikan Terkini



suatu transformasi akan berlaku!!!

Friday, February 5, 2010

LAWAK-LAWAK DALAM PENDIDIKAN







ni lah antara kesan-kesan dasar-dasar PPSMI kat budak-budak sekolah ..kesian kt cikgu-cikgu diorang..

ICT DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

http://www.scribd.com/doc/26800882

http://www.box.net/shared/gxh3796ipo

Friday, January 15, 2010

Pre-Existence

Salam Perkenalan. Setelah sekian lama melalak, melalut dan merepek di Notes (@Facebook), Buletin (@Friendster) dll, akhirnya aku, Abdul Azim a.k.a sang-arjunaa akur dengan kehendak semasa. Aku menceburkan diri juga ke dunia blogger. Dunia penulisan yang lebih interaktif. =)

Blog ini wujud bukan untuk menambahkan lagi lambakan penulis bebas mahupun 'wartawan' yang bukan mainstream @ indie (sekarang ni memang musim Indie), sebaliknya sekadar mahu berkongsi idea, mencetuskan ilham dan mewarnai satu lagi sisi media yang sering dianggap 'sesuatu'.

Blog ini muncul bukan dengan matlamat-matlamat dan objektif tertentu seperti, membahaskan cerita-cerita dan isu-isu yang panas, menetapkan sasaran pembaca yang melayari blog ini, mengadakan gotong-royong a.k.a meng'update' blog menebas sawang-sawang dalam tempoh masa yang tertentu dan sebagainya. Sekadar medium dan platform bagi membincangkan isu-isu terkini teknologi dalam pendidikan.

Dengan atau tanpa sokongan pembaca, aku akan terus melakarkan, mencoretkan, menukilkan dan menceritakan apa saja kisah yang menarik mahupun tidak dengan rahmat dan keizinan Allah Subhanahu Wata'ala. Harapanku, moga-moga kelahiran blog ini, sedikit sebanyak mampu memberi manfaat kepada sesiapa saja yang membaca. Syuqran jaziilan. Jazaakalahu khairal jazak. Bertemu kembali di episod yang seterusnya...